LIVERPOOL FC telah mengesahkan James Milner akan meninggalkan kelab Merseyside itu sejurus kontraknya bersama Liverpool akan tamat pada penghujung musim ini.
Selain Milner, Naby Keita, Roberto Firmino dan Alex Oxlade-Chamberlain turut akan meninggalkan Liverpool selepas kelab itu mengesahkannya melalui satu ciapan oleh Liverpool FC.
We can confirm Roberto Firmino, Naby Keita, James Milner and Alex Oxlade-Chamberlain will leave the club upon the expiry of their contracts this summer.
Special acknowledgements will be paid to the quartet at Anfield, with further tributes to follow at the end of the season.
— Liverpool FC (@LFC) May 17, 2023
“Kami boleh mengesahkan Roberto Firmino, Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain akan meninggalkan kelab selepas tamat kontrak musim panas ini.
“Pengiktirafan khas akan diberikan kepada mereka di Anfield dan penghormatan selanjutnya akan menyusul pada penghujung musim,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Menurut laporan Sinar Harian, James Milner telah dikaitkan dengan perpindahan dengan Brighton atau Leeds selepas dia menabur bakti selama lapan tahun bersama Liverpool.
Pemain yang berusia 37 tahun itu telah melakukan sebanyak 617 penampilan di EPL sejak debut bersama Leeds ketika berusia 16 tahun. Selain Leeds, Milner juga pernah beraksi bersama Newcastle, Aston Villa dan Manchester City.