HomeHiburan‘Penat kerja, tapi tak dapat hasil’, Norlia Ghani kecewa saluran TV belum...

‘Penat kerja, tapi tak dapat hasil’, Norlia Ghani kecewa saluran TV belum lunas bayaran

 

CYBERJAYA: Pelakon veteran, Norlia Ghani meluahkan rasa kecewanya terhadap sebuah saluran televisyen yang dikatakan masih belum membuat pembayaran, sedangkan masa dan tenaga telah digunakan untuk menjayakan drama terbitan pihak berkenaan.

Menerusi hantaran di Instagram Norlia, dia berkata, walaupun jumlah bayaran yang dituntutnya itu adalah sedikit berbanding artis lain, tetapi amat bermakna buat dirinya untuk melangsungkan kehidupan seharian.

“Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja yang dibuat sebelum bulan puasa, tapi hari raya pun dah habis harap ada lah dapat payment walaupun sedikit.

“Buat episod. Apakah Owe**** TV tak ada duit, sedangkan stesen lain cepat je dah selesai bayaran. Penat kerja tak dapat hasil,” katanya.

Malah, di ruangan komen, ada juga mendakwa bahawa sudah lebih dua tahun tidak mendapat bayaran yang sepatutnya daripada saluran TV berkenaan.

“Saya crew pun tak dapat payment dah hampir 2 tahun lebih. Dari sebelum saya kahwin sampai dah ada anak. 

“Kerja dah settle payment tak dapat lagi. Alih-alih dah malas nak meminta sebab kita pula yang macam pengemis meminta-minta,” tulisnya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor