HomeSukanE-sukanPenstrim video popular 'terbeli' topi Roblox dengan RM588,000

Penstrim video popular ‘terbeli’ topi Roblox dengan RM588,000

PENSTRIM video popular, IShowSpeed sekali lagi ‘bikin pusing kepala’ para peminat dan netizen apabila dia secara tidak sengaja membeli topi pada harga tidak masuk akal.

Topi berkenaan dibeli oleh IShowSpeed dalam permainan Roblox itu diberi nama Fedora yang berharga 14 Juta Robux bersamaan AS$125,000 (RM588,000).

IShowSpeed sangat popular dalam kalangan peminatnya kerana sering melakukan perkara-perkara yang pelik dan tidak masuk akal. 

Menurut laporan My Game On, semuanya bermula apabila satu chat dengan pautan ke katalog yang menjual Fedora edisi terhad dalam Roblox iaitu Midnight Blue Sparkle Time.

Hal tersebut telah menarik minat IShowSpeed untuk klik ke pautan tersebut kerana Fedora tersebut hanya wujud sebanyak 100 unit sahaja kerana Fedora ini dihasilkan pada tahun 2013.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menekan butang buy pada pautan tersebut. Tersedar dengan kesilapan itu, IShowSpeed menjerit ‘tidak’ dan bertindak menutup muka dan mengetuk mejanya beberapa kali.

Dia turut hairan apabila pembelian yang melibatkan jumlah yang besar seperti ini tidak memerlukan pengesahan pembelian.

Author

Pilihan Editor