HomeTeknologiSyarikat Elon Musk dapat kelulusan kaji tanam implan pada otak manusia

Syarikat Elon Musk dapat kelulusan kaji tanam implan pada otak manusia

BENGALURU: Syarikat teknologi implan otak diterajui Elon Musk, Neuralink mengumumkan pihaknya kini menerima kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk menjalankan kajian klinikal pertama membabitkan manusia.

Sebelum ini, Musk menjangkakan syarikatnya itu akan memulakan kajian terhadap manusia berhubung implan otak bagi merawat keadaan sukar dikawal seperti lumpuh dan buta.

“Ini adalah hasil kerja luar biasa oleh pasukan Neuralink dengan kerjasama rapat dengan FDA dan mewakili langkah pertama yang penting yang suatu hari nanti akan membolehkan teknologi kami membantu ramai orang,” maklum Neuralink seperti dilapor portal CNBC.

Bagaimanapun, syarikat yang ditubuhkan pada 2016 itu masih belum membuka permohonan pengambilan pesakit untuk percubaan klinikal tersebut.

Neuralink ialah sebahagian daripada industri melibatkan sistem dengan otak yang baru muncul, atau dikenali BCI.

BCI ialah sistem yang mentafsir isyarat otak dan menterjemahkannya kepada arahan untuk teknologi luaran.

Para saintis telah mengkaji teknologi BCI selama beberapa dekad, dan beberapa syarikat telah membangunkan sistem yang yang mereka harap untuk dibawa ke pasaran.

Namun, bukan mudah untuk menerima kelulusan FDA membabitkan peranti perubatan komersial kerana memerlukan hasil syarikat yang berjaya menjalankan beberapa pusingan ujian dan pengumpulan keselamatan data yang sangat teliti.

Setakat ini, hanya Nueralink yang berjaya merangkul meterai akhir kelulusan FDA yang memberi kebenaran untuk kajian dilaksanakan terhadap pesakit manusia.

Author

Pilihan Editor