HomeBeritaViralTerkesima! Anak tikus 'berendam' dalam sos cili

Terkesima! Anak tikus ‘berendam’ dalam sos cili

 

KEJUTAN buat seorang wanita apabila melihat sos cili yang disimpan di dapur rumahnya dimasuki seekor anak tikus.

Perkongsian wanita dikenali Lia di TikTok miliknya memaparkan seekor anak tikus yang masih hidup tersekat dalam sos cili berbotol kaca.

Menurut Lia, kejadian itu berlaku gara-gara dia terlupa menyimpan sos cili tersebut dalam peti sejuk.

“Selalunya botol sos letak dalam peti tapi malam tu (waktu kejadian) terlupa nak letak dalam peti ais.

“Pagi-pagi nak ambil botol sos tu tengok-tengok penutup terbuka dan macam ada benda yang bergerak dalam botol tu. Tengok lebih dekat lagi anak tikus dalam tu! Memang kesian tapi tu lah, dengan botol sos dah buang,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net berasa hairan dengan kejadian tersebut kerana tidak pernah terlantas di fikiran mereka bahawa seekor tikus ‘berani’ memuatkan diri ke dalam botol sos cili.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan tikus zaman kini semakin moden dan sedih melihat tikus berkenaan menahan pedih ‘berendam’ dalam sos cili itu.

“Tikus sekarang dah pandai. Kadang tudung saji pun dia pandai buka, perangkap tikus pun dia tolak je,” tulis netizen.

“Akibat panas sangat semua haiwan tak betul dah,” tulis warga maya.

“Tikus tu nak jadi ‘hot n spicy’,” komen seorang lagi netizen.

Author

Pilihan Editor