[VIDEO] RM5 Meal Rahmah KFC & Pizza Hut

0
99

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini  telah menghadiri dan merasmikan Pelancaran Menu RAHMAH KFC dan Pizza  Hut di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur.

Pada hari ini, rangkaian restoran di bawah Syarikat QSR Brands iaitu restoran KFC dan Pizza Hut restoran yang merupakan restoran kegemaran keluarga Malaysia MADANI melancarkan Menu RAHMAH dengan kualiti premium pada harga RM5 sahaja.

Menu RAHMAH ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu
Menu RAHMAH KFC Meal (seketul ayam, roti butterscotch berserta air
mineral) dan Menu RAHMAH Pizza Hut Meal (personal piza berserta air
mineral) dengan harga RM5 bagi satu set menu.

Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH
KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands
(bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).

Author