HomeBeritaViralWanita kongsi tips hubungan intim melampau tampil mohon maaf

Wanita kongsi tips hubungan intim melampau tampil mohon maaf

CYBERJAYA: Selepas Menteri Agama, Senator Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyiasat serta mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang didakwa berkongsi tips hubungan intim secara melampau di media sosial.

Fatin Pauzi menerusi hantaran Facebook miliknya memohon maaf dan berkata, apa yang dimuat naiknya di media sosial adalah sekadar pendapat dirinya sendiri.

“Saya pemilik bagi akaun Facebook ini memohon jutaan maaf atas kesilapan dan juga kekhilafan daripada pandangan saya yang telah menimumbulkan kekecohan dan ketidaknyamanan di antara kita.

“Apa yang berlaku adalah satu pengajaran dan pertanggungjawaban ke atas diri saya.

“Apa yang saya telah lontarkan sama ada di dalam Facebook mahupun group Telegram, adalah pendapat dan pandangan saya sendiri yang tidak bersangkut paut dengan madrasah atau mana-mana guru saya,” tulisnya di ruangan kapsyen Facbook.

Tambahnya, semoga dengan permohonan maaf ini dapat menjernihkan kembali suasana tegang yang dibangkitkan oleh netizen.

Terdahulu, Fatin dikecam teruk di media sosial kerana tangkapan skrin perbualan berunsur lucah dalam grup Telegram yang berkongsi tips hubungan intim secara melampau dan terbuka di media sosial sehingga mengundang reaksi kurang senang warga net.

Oleh: AIN JAPRIL (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor