HomeGaya Hidup5 tips bau perfume tahan lama - No 3 penting!

5 tips bau perfume tahan lama – No 3 penting!

LUMRAH manusia suka akan bau yang wangi dan menyenangkan.

Namun, adakah anda benar-benar pasti bahawa bau yang melekat di badan anda seperti menggunakan minyak wangi itu sudah cukup membuatkan orang berdekatan rasa selesa?

Justeru, mari ikuti lima tips ini untuk pastikan bau perfume anda kekal lama di badan.

1. Guna perfume berkualiti

Jangan kedekut untuk melabur sedikit bagi mendapatkan perfume yang berkualiti sebab kebiasaannya perfume yang harga sedikit ‘keras’ ini impak sememangnya berbaloi.

Tidak kurang juga untuk anda pilih minyak wangi yang mempunyai kandungan alkohol yang rendah, kerana alkohol boleh mengurangkan kebolehcapaian bau.

2. Sembur pada titik nadi

Ingat, jangan semburkan wangian terlalu dekat dengan kulit. Cara terbaik adalah melakukan semburan pegang botol semburan kira-kira 20 ke 30 sentimeter dari kulit. Lakukan semburan itu titik-titik nadi seperti belakang telinga, leher, pergelangan tangan dan juga siku.

3. Dah sembur jangan gosok!

Ramai yang terlepas pandang bab ni, selepas melakukan semburan jangan menggosok kawasan tersebut. Ini kerana, menggosok hanya akan memecahkan molekul minyak wangi lalu boleh mengurangkan kebolehcapaian bau.

4. Pakai losyen sebelum sembur perfume

Salah satu lagi cara untuk buat perfume lebih tahan lama dan wangi ialah dengan menyapu losyen atau minyak badan sebelum melakukan semburan. Kulit yang lembap dapat membantu mengekalkan bau wangian lebih lama.

5. Simpan perfume di tempat sejuk & kering

Simpan botol wangian anda di tempat yang sejuk dan kering seperti dalam almari atau laci. Hindari meletakkan botol di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari.

Ini kerana cahaya matahari boleh merosakkan perfume. Dan perfume yang rosak akan hilang kekuatan baunya.

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor