HomeSukanAksi Safee Sali menggelecek pemain West Ham United mendapat pujian

Aksi Safee Sali menggelecek pemain West Ham United mendapat pujian

BEKAS penyerang berbisa kebangsaan, Safee Sali kembali ke arena bola sepak dengan menyertai kejohanan The Soccer Tournament di Amerika Syarikat.

Bekas bintang JDT itu mewakili pasukan Far East United sebagai wakil dari Asia diundi bersama pasukan West Ham, Culture By Mo Ali FC dan Dallas United dalam kumpulan D. 

Safee Sali merupakan satu-satunya pemain dari Malaysia yang beraksi di kejohanan The Soccer ini.  

Memetik laporan Majoriti, The Soccer Tournament ini disertai 32 pasukan daripada lapan kumpulan dan berlangsung pada 1 hingga 4 Jun 2023 dan bermain dengan format tujuh sebelah.

Pada aksi pembukaan, pasukan Far East United mudah menewaskan pasukan West Ham United dengan jaringan 4-2. Pada perlawanan tersebut, Safee Sali berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukan Far East United setelah berjaya mengelecek pemain West Ham sebelum menolak mudah bola ke dalam gawang.

Pada video yang dikongsikan oleh Malayagoal di Instagram, rata-rata peminat bola sepak tanah air teruja dan memberi pujian setelah melihat aksi licah yang dipamerkan oleh Safee ketika perlawan tersebut berlangsung.

“Safee dari dulu memang layak main dekat liga luar negara,” kata Supersaf84.

“Otai masih berbisa, lawan West Ham itu bukan biasa-biasa,” jelas Rasyidshuib.

Kejohanan The Soccer Tournament ini turut disertai oleh bekas bintang Arsenal, Cesc Fabregas dan bintang West Ham, Carlton Cole. Pasukan Far East United turut dibarisi pemain bintang di rantau Asia antaranya Greg Nwokolo, Charyl Chappuis, Bienvenido Maranon dan Masaki Watanabe.

Ini merupakan kejohan pertama yang disertai semula oleh Safee Sali selepas mengumumkan persaraan pada 21 Februari lalu. 

 

Author

Pilihan Editor