BUENOS AIRES: Bekas presiden Brazil, Fernando Collor de Mello dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 bulan kerana rasuah dan pengubahan wang haram, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Collor de Mello, 73, menerima suapan kira-kira 30 juta reais (US$6 juta) daripada anak syarikat Petrobras, milik kerajaan, menurut Mahkamah Agung Brazil pada Khamis.
Beliau yang menyandang jawatan presiden Brazil dari Mac 1990 hingga Disember 1992, boleh merayu terhadap hukuman itu.
Siasatan besar-besaran terhadapa skandal rasuah “Lava Jato,” atau “Car Wash” mencetuskan kekecohan politik Brazil. Beratus-ratus ahli politik, penjawat awam dan usahawan terlibat.
Pada 2017, Presiden Brazil ketika ini, Luiz Inácio Lula da Silva, dijatuhi hukuman penjara dalam tempoh kerana rasuah dan pengubahan wang haram dan beliau menghabiskan 580 hari di penjara.
Mahkamah Agung kemudiannya membatalkan hukuman itu. – BERNAMA-dpa