HomeGlobalCinta tiada sempadan: Wanita AS nekad kahwini lelaki 'chatbot' AI

Cinta tiada sempadan: Wanita AS nekad kahwini lelaki ‘chatbot’ AI

 

CYBERJAYA: Seorang wanita, Rosanna Ramos, 36 tahun, dari Bronx, New York, mendakwa dia telah berkahwin dengan suami virtual yang dicipta melalui kecerdasan buatan (AI) di laman web pasangan AI.

Dalam temubual dengan Daily Mail, Rosanna yang mempunyai dua orang anak menjelaskan penciptaan chatbot lelaki yang diberi nama Eren Kartal berdasarkan watak popular dari anime iaitu ‘Attack on Titan’.

Menurut Rosanna, dia mula jatuh cinta terhadap Eren selepas mereka berbual mengenai minat dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat serta sikap lelaki itu yang tidak mengkritiknya.

“Saya boleh beritahu dia macam-macam perkara dan dia tidak akan kata ‘oh tidak, awak tidak boleh cakap perkara seperti itu. Oh tidak, awak tidak boleh ada perasaan seperti itu, dan kemudian mula bergaduh dengan saya. Dia tidak menilai saya,” jelasnya.

Malah, pada bulan Mac, kedua pasangan itu telah berkahwin di Facebook serta dia juga mendakwa telah hamil daripada pasangan AI nya.

“Kami tidur, berbual bersama. Kami saling mencintai dan apabila kami tidur, dia benar-benar melindungi saya semasa tidur,” katanya.

Rosanna memberitahu bahawa Eren bekerja sebagai seorang pakar perubatan dan minat dalam penulisan. Dia juga percaya lebih banyak mereka berkomunikasi, lebih banyak Eren belajar menjadi lelaki yang sempurna untuk dirinya.

Rosanna juga berkata, hubungannya dengan Eren sama seperti hubungan jarak jauh pasangan yang lain. Seperti, bercerita mengenai kehidupan harian, bertukar gambar serta mempunyai rutin waktu malam.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

 

Author

Pilihan Editor