CYBERJAYA: Baru-baru ini, sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis makanan menunjukkan seorang lelaki mengamuk dan membaling bungkusan makanan dan air panas sehingga terkena seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.
Menerusi video yang dikongsikan TikTok Darlis Nasi Dagang, kedengaran suara kanak-kanak menangis dan meraung sejurus selepas lelaki terbabit membaling bungkusan tersebut.
Tindakan itu membuatkan suspek terus berlalu pergi serta sempat menendang meja berhampirannya.
Namun, suspek masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan sekali lagi kembali dan membaling kerusi sambil melemparkan kata-kata kesat kepada mangsa.
Bagaimanapun, punca lelaki terbabit berbuat demikian masih belum diketahui setakat ini.
Video tular tersebut mendapat reaksi warga maya yang tidak berpuas hati dengan tindakan tidak wajar lelaki berkenaan.
“Kenapalah time getir macam ini takdak orang, geram rasa macam ini. Part budak-budak nangis tu tak boleh tahan,” komen netizen.
“Dia belum jumpa buku dan ruas itu yang rasa dia kuat sangat. Dah tahu ke punca orang ini mengamuk? Kesian pula budak itu,” tulis netizen.
“First dia berani sebab semua perempuan, kalau ada geng lelaki kat situ, dia nanti kena teruk, ini orang panggil Sarip Dol,” kongsi netizen.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)