HomeBeritaViral‘Mak aih, sup kosong RM6.50, biasa free je!’ - Netizen terkejut harga...

‘Mak aih, sup kosong RM6.50, biasa free je!’ – Netizen terkejut harga makanan ‘taste’ Sarawak dijual mahal 

 

CYBERJAYA: Sepinggan nasi putih berharga RM8, itulah harga yang diletakkan oleh sebuah premis makanan berkonsepkan citarasa orang Sarawak dalam sebuah aplikasi penghantaran makanan.

Menerusi perkongsian di Twitter @iloveyousuff, kelihatan beberapa menu yang ditunjukkan tertera dengan harga yang tidak masuk akal seperti, sup kosong yang berharga RM6.50, air mineral diletakkan RM8 dan bihun sup ayam berharga RM20.90.

Justeru, pemilik akaun Twitter berkenaan turut meninggalkan komen dengan bertanya cara membuat laporan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net terkejut dan turut mempersoalkan harga makanan di kedai tersebut.

“Mak aih, sup kosong RM6.50, biasa free je woi,” tulis netizen.

“Dia tanak nasi dengan air zam zam ke?” komen netizen.

“Ini bukan menu rahmah tapi menu kembali ke rahmatullah. Foodpanda kan? Memang cekik darah, maggi goreng kosong pun RM19. caj delivery lagi,” tulis warga net.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor