HomeBeritaViral‘Member tu kaki katik, nak kejar pon kena gelak’ - Pembaca meter...

‘Member tu kaki katik, nak kejar pon kena gelak’ – Pembaca meter TNB ikuti kursus kendali anjing

CYBERJAYA: Mungkin ramai yang tidak tahu pembaca meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu mengikuti kursus pengendalian anjing.

Kursus ini sebenarnya untuk memudahkan mereka mengambil bacaan meter di kawasan perumahan yang membela haiwan peliharaan tersebut.

Menerusi perkongsian video Twitter Faiz Fayeshz, melihatkan pembaca meter membawa motor sambil dikejar oleh anjing yang dikawal oleh petugas kursus.

“Baru tahu pembaca meter TNB ada training kursus pengendalian anjing, rasanya rider Grabfood dengan Foodpanda pon kena buat macam ni,” tulisnya.

Dalam video tersebut terdapat dua jenis anjing yang digunakan iaitu jenis Corgi serta German Shepherd.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan anjing jenis Corgi yang digunakanan dalam kursus terbabit.

“Corgi yang menyalak aku tak takut, dia kalau yang hitam Shepherd tu mencicit aku lari,” komen netizen

“Member tu kaki katik, nak kejar pun kena gelak,” seloroh netizen.

“Bagi lah anjing garang sikit, ini anjing Corgi kementot tu, tak lepas abang nak melompat,” kongsi netizen.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor