HomePengantin baharu terkejut dapat hadiah 'bongkah emas'
Array

Pengantin baharu terkejut dapat hadiah ‘bongkah emas’

 

CYBERJAYA: Pasangan pengantin baharu mendapat kejutan selepas melihat isi bungkusan ‘istimewa’ semasa sesi membuka hadiah seusai majlis perkahwinan mereka.

Menerusi perkongsian TikTok Zuejalil91, menunjukkan pasangan itu membuka kotak berrbungkus cantik yang diisi dengan sebongkah ’emas 999′ seberat 1kg sambil disaksikan ahli keluarganya.

Lebih menghiburkan, tertera ‘emas 999’ seberat 1kg di atas bata tersebut serta dijadikan seperti bongkah emas.

“Kalau hadiah ini tujuh keturunan pon tak habis makan,” katanya.

Malah, pasangan pengantin turut bergambar bersama pemberi hadiah istimewa sebagai satu kenangan yang tidak mungkin berulang kembali.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net terhibur dengan idea si pemberi hadiah itu yang nyata sangat kreatif.

“Yang bagi hadiah tu mesti dah dendam lama dengan dia,” seloroh netizen.

“Okay lah tu, nanti beli lagi boleh buat rumah. Jimat sikit kos,” kongsi netizen.

“Bro pada aku taubat rare, kalau aku buat rumah mesti pakai hadiah ni untuk depan pintu. Untuk bata ni saja tak payah plaster,” komen netizen.

Menurut Zuejalil91, hadiah ‘bongkah emas’ itu diberi oleh sepupu pengantin yang pasti menjadi kenangan manis untuk dikongsi bersama anak cucu. 

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor