PEMAIN kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid telah mengesahkan status beliau bersama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus menyangkal khabar angin yang mendakwa beliau akan bersama sebuah kelab di pantai timur.
“Ya sebenarnya selepas ini saya akan terus kekal di JDT. Saya stay di JDT dan ia muktamad,” katanya selepas di temubual selepas tamat aksi Harimau Malaya bertemu Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam semalam.
Ramai peminat bola sepak tempatan teruja untuk melihat semula aksi lincah Safawi dan terus mendapat tempat serta minit permainan dalam saingan Liga Malaysia selepas tempoh pinjaman bersama Ratchaburi FC yang bersaing dalam Liga 1 Thailand tamat pada Mei lalu.
Pemain berusia 26 tahun itu memaklumkan beliau telah menjalani latihan selama sebulan bersama pasukan Harimau Selatan untuk memastikan beliau berada pada tahap prestasi terbaik.