CYBERJAYA: Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila kereta jenis Mercedes Benz miliknya terlibat dalam kemalangan jalan raya, semalam.
Menerusi perkongsian video Instagram Aliff, kereta yang dipandunya telah dilanggar dari arah belakang secara tiba-tiba.
“Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang, padahal jalan jem sangat-sangat pada waktu ini dan saya bawa perlahan sangat.
“Tiba-tiba kepala saya terhentak, sakit sangat. Ujian sungguh untuk saya, syukur saya selamat. Terima kasih korang yang sentiasa doakan saya.
“Maaf kalau saya teremosi sebab saya amat stress dan terkejut,” katanya.
Dalam video tersebut, Aliff kelihatan bengang dengan kejadian yang menimpanya dan meminta pemandu kereta yang melanggarnya untuk lebih berhati-hati ketika memandu.
“Ya Allah, apa masalah ini? What happened! You drive lah betul-betul, jalan straight kot! Aiyoo my car, You please lah drive betul-betul,” tegasnya.
Bagaimanapun, video tersebut mendapat kecaman netizen gara-gara Aliff tidak mampu mengawal perasaan ketika kejadian itu berlaku.
“Halah, terjerit terlolong, orang dah ngaku salah tu, haish tak profesional langsung, kemaruk viral,” tulis netizen.
“Tak rilek lah Datuk, biasalah tu bukan orang tu sengaja, berlambak (banyak) lagi kemalangan lebih teruk tak ada pun terpekik terlolong. Aiyoo macam ni punya orang pun ada,” komen netizen.
“Alahai sikit je tu Datuk, cuba lah bersyukur sebab selamat kan boleh claim insuran. Kecoh-kecoh dekat situ buat tambah jem je jalan. Kecoh je lebih,” tulis netizen
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)