HomeHiburan‘Up’ status soal hutang, Aliff Syukri naik berang di Tanah Suci?

‘Up’ status soal hutang, Aliff Syukri naik berang di Tanah Suci?

 

CYBERJAYA: Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan keberangannya terhadap seorang ahli perniagaan yang didakwa sudah hampir empat tahun masih gagal melunaskan hutang kepadanya.

Menerusi perkongsian di Instagram Aliff Syukri, 36, mengatakan dia kerap kali menghubungi individu terbabit namun isu hutang berkenaan masih belum selesai.

“Hutang saya berjuta tak reti bayar, semua video saya rekod.

“Acah-acah teraniaya, malah buat cerita dengan rakan-rakan macam saya yang bersalah. Video bukti agreement semua ada ya.

“Janji nak bayar setahun ini dah masuk empat tahun tak bayar, kereta baru mewah sempat beli pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang… sedih,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net menasihati Aliff supaya banyakkan bersabar dek kerana dia kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji.

“Tok, kalau boleh buat masa sekarang ini fokus pada ibadah kat Tanah Suci tu je. Tak payahlah up pasal ni,” komen netizen.

“Datuk kat Mekah kan, doa je semoga terbuka hati dia nak bayar hutang,” tulis warga net.

“Tok, fokus pada ibadah dulu. Kurangkan posting di media sosial. Semoga rombongan tok mendapat haji mabrur,” ungkap seorang lagi warga maya.

Dalam pada itu, ada juga sebilangan yang berkongsi pengalaman mereka dalam urusan ‘mengutip hutang’ kepada peminjam.

“Saya faham perasaan Datuk, sebab saya pun macam Datuk orang berhutang sampai sekarang tak bayar. Walaupun bukan berjuta tapi berpuluh ribu dah lebih 10 tahun tak bayar-bayar. Sakit hati, serik nak bagi orang pinjam duit,” luah seorang netizen.

“Hutang wajib dibayar,” komen warga net.

Author

Pilihan Editor