GEORGE TOWN: Perniagaan produk kosmetik, Skin Dessert nekad membantu golongan wanita khususnya suri rumah menambah pengetahuan berhubung dunia perniagaan sekaligus membuka ruang untuk mereka menjana pendapatan. Bagi menjayakan inisiatif berkenaan, baru-baru ini Skin Dessert dengan kerjasama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) melancarkan kempen Tabung Pembangunan Usahawan Wanita (TPUW). Pengasas Skin Dessert, Zirra Abdullah berkata, kempen tersebut bertujuan memberi inspirasi kepada wanita yang mahu melebarkan sayap dalam industri keusahawanan.