HomeBeritaAnak mohon doakan Salahuddin

Anak mohon doakan Salahuddin

ALOR SETAR: “Saya mohon semua agar terus mendoakan keadaan ayah saya,” demikian permintaan Siti Fatihah, anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang kini masih dalam jagaan dan pemantauan rapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut Siti Fatihah dalam satu kenyataan hari ini, atas nasihat doktor, pihak keluarga mohon supaya diberikan ruang kepada keluarga sahaja untuk datang melawat.

“Bagi pihak keluarga, kami menghargai segala sokongan dan doa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan menjalani pembedahan di HSB, di sini. – Harian Metro

 

Author

Pilihan Editor