HomeHiburanCaprice cari lelaki berani gelar isteri 'pelacur Vietnam'

Caprice cari lelaki berani gelar isteri ‘pelacur Vietnam’

CYBERJAYA: Isteri kepada pempengaruh terkenal, Caprice iaitu Farra Inalis kesal dan berang selepas menerima komen berbaur hinaan di akaun media sosialnya baru-baru ini.

Menerusi Instagram Stories, Farra mendedahkan dia dilabel ‘pelacur Vietnam’ oleh seorang lelaki di ruangan komen gara-gara penampilan dirinya yang belum sempurna menutup aurat.

Tidak mendiamkan diri, Farra menasihati individu itu untuk tidak menjadi ‘makcik bawang’.

“Cakap aku pelacur Vietnam? Kau orang ke binatang? Aku keliru sebab dalam gambar pun dekat kandang lembu,” balas Farra.

Difahamkan, lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan penampilan Farra selain menekankan kewajipan berhijab.

“Mencemarkan imej Islam? Habis tu yang tak pakai tudung? Warna tak rambut? Posing sana sini pakai baju tak cukup kain. Set-set dah macam pelacur Vietnam lak.

“Menaikkan imej Islam ke? Benda tak payah nak cakap tudung atau tidak, tu soal dia punya perangai. Tudung tu sah benda wajib jaga,” tulis lelaki terbabit.

Dalam pada itu, Caprice tampil mempertahankan maruah isterinya dengan memohon orang ramai yang mengenali lelaki tersebut untuk menghubunginya di WhatsApp dengan kadar segera.

“Siapa hang panggil macam set-set pelacur bang? Siapa-siapa dekat Sungai Buloh atau Rawang kenal mamat ni tolong pesan dia untuk WhatsApp cap sekarang,” ujarnya.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra yang juga merupakan ibu tunggal anak satu pada November 2021.

Author

Pilihan Editor