CYBERJAYA: Baru-baru ini, nama Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Arifin menjadi buah mulut netizen yang mendakwa pasangan suami isteri itu kurang adab.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Asyraf dan isterinya didakwa sering ‘propa’ dan acah alim dan bertentangan dengan sikap mereka yang sebenar.
“Satu couple propa. Semua staff hotel Malaysia tau perangai dorang ni macam mana. Dekat media sosial acah-acah baik, alim.
“Dengan staff hotel rude nak mati. Bini sama, laki pun sama. CTDK ok jer, friendly lagi. Mamat ni dengan bini dia over pulak,” katanya.
Sebaliknya, Asyraf berkata selagi mampu, dia cuba untuk menjaga hati semua orang yang ditemuinya.
“Kalau setahu saya, saya cuba lah sedaya upaya untuk hormat semua orang. Tapi kalau secara tak sengaja tak tau lah.
“Tapi kalau saya ada terguris hati sesiapa tanpa sedar, saya minta maaf lah,” katanya seperti dilapor Gempak.