HomeHiburan'Jemput saya, awak dapat apa yang saya bagi' - Matty Healy salahkan...

‘Jemput saya, awak dapat apa yang saya bagi’ – Matty Healy salahkan penganjur jemput The 1975

CYBERJAYA: walaupun kumpulan The 1975 jelas membuat onar dengan bercium sesama jenis atas pentas di konsert The Good Vibes Festival 2023 (GVF 2023) namun, kumpulan terbabit menyalahkan penganjur GVF 2023 kerana mengundang mereka.

Penyanyi Rap, Luqman Podolski menerusi Twitternya berkongsi tangkap layar yang mendedahkan perbualan mesejnya bersama vokalis kumpulan itu.

Menurut vokalisnya, Matty Healy, semua masalah yang timbul berpunca daripada tindakan Future Sound Asia yang tetap mahukan mereka beraksi pada acara terbabit walaupun mengetahui cara persembahan kumpulannya.

Dalam mesej berkenaan, Luqman menyelar tindakan liar Healy telah memberikan impak yang besar buat semua pihak yang terpaksa menanggung kerugian termasuk artis yang sepatutnya tampil membuat persembahan sepanjang festival berkenaan.

“Disebabkan kau, semua artis tempatan yang sudah membuat persiapan untuk membuat persembahan di acara ini, penganjur, penyewa tapak jualan makanan, penjaja dan lain-lain terpaksa menanggung kerugian.

“Kamu menjahanamkan semuanya dan saya tak peduli mengenai pendapat dan ideologi kamu.

“Sila hormat budaya dan undang-undang negara orang,” tulisnya.

Bekas kekasih Taylor Swift itu dengan selamba membalas dengan kata-kata kesat dengan meminta Luqman jangan mencampuri urusan mereka.

“Saya okay sahaja, terima kasih atas nasihat. Jemput saya dan awak akan dapat apa yang saya bagi. Bukan orang lain, mereka (penganjur) jemput saya, itu salah mereka bukan salah saya,” balas Healy kembali.

Author

Pilihan Editor