HomeBeritaViralJual balik tumbler Blackpink cecah RM5,000

Jual balik tumbler Blackpink cecah RM5,000

PETALING JAYA: Kecoh di media sosial ketika ini apabila tumbler edisi khas pasaran Asia keluaran daripada Starbucks yang berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal Blackpink, dijual semula sehingga mencecah RM5,000 seunit.

Sebelum ini, tumbler edisi khas ini hanya dijual pada harga asalnya RM200 ke RM478, namun pembeli terawal ‘buat duit’ dengan menjual semula barangan tersebut pada harga yang lebih tinggi.

Kolaborasi tersebut ternyata telah mendapat minat ramai sehingga ada yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan koleksi berkenaan.

Ramai yang berkongsi kegembiraan mereka selepas mendapatkannya. Namun, ada yang sedih kerana gagal untuk memilikinya.

Tinjauan di media sosial TikTok ketika ini mendapati, penjual balik atau ‘reseller’ ternyata ada yang menjual semula tumbler tersebut dengan harga kayangan telah mendapat kecaman orang ramai.

“Sampai harga RM3,500 pun ada orang jual, betul buat duit. Tahu lah ini edisi khas tapi harga dah tak masul akal sekarang ni,” kata Nurhidayah Nawi.

“Aku tengok bukan tempat kita sahaja, Indonesia pun sama ada yang jual balik pada harga RM2,000. Ada yang edisi penuh Blackpink mencecah RM5,000,” kata Rose Roslan Tamim.

Dalam pada itu, seorang pemilik media sosial berkata, harga tersebut memang masuk akal kerana tumbler tersebut hanya terdapat di kawasan Asia sahaja.

“Bagi aku ok lah jual dengan harga macam tu, mana ada tempat lain, ini khas untuk keluaran Asia. Kalau penjual tu bijak guna je mana-mana platform jualan antarabangsa mesti boleh jual dengan harga yang lagi tinggi,” katanya. – KOSMO

Authors

Pilihan Editor