HomeBeritaKolaborasi Payung Rahmah bersama Grab, Jaya Grocer tawar tiga inisiatif

Kolaborasi Payung Rahmah bersama Grab, Jaya Grocer tawar tiga inisiatif

INISIATIF Payung Rahmah semakin meluaskan sayapnya apabila melakukan bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerjasama itu akan menawarkan promosi eksklusif melalui tiga inisiatif di platform Grab.

Beliau berkata, inisiatif Jualan Rahmah menawarkan pakej ‘Mix & Match’ dari serendah RM18 di GrabFood.

“Bagi pakej Jualan Rahmah, diskaun sehingga 40 peratus ditawarkan untuk barangan keperluan harian, eksklusif di Jaya Grocer melalui GrabMart.

“Bakul Rahmah pula menyokong komuniti pemandu Orang Kurang Upaya (OKU) Grab dan rakan kongsi penghantaran dengan kotak keperluan asas,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerjasama tersebut dilancarkan Salahuddin di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada Khamis.

Tambah Salahuddin, hampir 1,000 perniagaan sudah mengambil bahagian dalam Inisiatif Payung Rahmah bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia.

Beliau berkata, peniaga dan rakan kongsi penghantaran juga akan mendapat manfaat melalui peningkatan permintaan dan peluang pendapatan tambahan.

“KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) terus komited untuk memastikan seluruh warga Malaysia dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini.

“KPDN juga sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna.

“Di bawah Program Payung Rahmah yang diterahui KPDN, pengguna dijangka dapat berbelanja keperluan harian dengan harga yang berpatutan, di samping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor