HomeHiburanMasuk hospital, Neelofa menghitung hari sambut anak kedua

Masuk hospital, Neelofa menghitung hari sambut anak kedua

SELEBRITI dan usahawan popular, Neelofa memaklumkan berada dalam keadaan baik dan masih menghitung hari melahirkan anak keduanya.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dalam Insta Story berkata, kemasukannya ke hospital adalah bagi pemerhatian kesihatannya.

“Alhamdulillah, keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.

“Ramai sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan. Namun saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemeriksaan kesihatan saya,” kongsinya.

Selebriti berusia 34 tahun itu berkata, dia akan berkongsi berita gembira itu apabila tiba waktunya nanti.

Sebelum ini, suaminya, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail mendedahkan Neelofa sedang menanti masa di hospital untuk melahirkan cahaya mata kedua mereka.

Author

Pilihan Editor