HomeBeritaMcDonald’s cipta rekod, tukar Menara KL jadi 'kentang goreng'

McDonald’s cipta rekod, tukar Menara KL jadi ‘kentang goreng’

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia mencipta sejarah baharu apabila diiktiraf Malaysia Book of Records menerusi acara ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ di Menara Kuala Lumpur, sempena Hari Kentang Goreng Sedunia.

Pameran Kentang Goreng pada Menara Kuala Lumpur

Acara itu menyaksikan visual kentang goreng setinggi Menara Kuala Lumpur iaitu 245 meter dipaparkan di tiang menara mulai jam 8 malam hingga 11.59 malam pada Khamis.

Naib Pengerusi McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pengiktirafan itu  turut menjadi tanda penghargaan terhadap para pelanggan yang setia menyokong McDonald’s.

“Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi komitmen kami dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

“Ia juga menonjolkan dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah kepada pelanggan kami,” katanya disini pada Khamis.

Bertemakan ‘Icon Meets Icon’, acara yang dianjurkan Menara Kuala Lumpur dan McDonald’s itu turut diwarnai dengan persembahan daripada Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, menerima anugerah daripada Ketua Pegawai Pemasaran Malaysia Book of Records, Jwan Heah Yeow Hooi.

Malah, individu yang mengambil ‘selfie’dengan kentang goreng yang tertinggi itu berpeluang untuk menebus  Kentang Goreng McDonald’s secara percuma dengan setiap pembelian McValue Meal di cawangan McDonald’s di seluruh negara*.

McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.) adalah rangkaian restoran makanan segera halal terkemuka di Malaysia, dengan lebih daripada 340 cawangan yang beroperasi di seluruh negara.

Ia mengendalikan lebih daripada 13.5 juta pelanggan setiap bulan, dan mempunyai lebih daripada 18,000 pekerja Malaysia untuk aktiviti perniagaan makanan dan minumannya di seluruh negara.

 

*Tempoh penebusan telah dilanjutkan sehingga 16 Julai 2023.

**Promosi ini akan tersedia di semua cawangan McDonald’s di seluruh negara, kecuali Genting Highlands, Langkawi, dan lapangan terbang di seluruh negara. Ia juga tidak terpakai untuk pesanan penghantaran.

Author

Pilihan Editor