HomeHiburan‘No turning back!’ - Puteri Sarah terbuka andai bakal suami orang industri...

‘No turning back!’ – Puteri Sarah terbuka andai bakal suami orang industri seni

CYBERJAYA: Setelah melalui fasa kesulitan dalam rumah tangga yang akhirnya menemui jalan perpisahan, pelakon, Puteri Sarah Liyana berharap dia akan dipertemukan jodoh dengan cepat seperti rakan selebriti yang lain iaitu Nad Zainal dan Mizz Nina.

Puteri Sarah dengan tegas menyatakan moto hidupnya yang tidak akan menoleh kembali kepada kisah lalu.

“Doakan saya semoga bertemu jodoh dengan cepat. Macam rakan artis yang lain iaitu Nad Zainal, Mizz Nina. Apa pun doakan saya akan dapat jodoh yang baik, yang boleh sayang saya dengan anak-anak.

“Moto hidup saya, no turning back dan terutamanya kembali pada kisah hidup yang lalu,” katanya ketika membuat siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu turut menyatakan bahawa dia terbuka sekiranya bakal suami merupakan seorang penggiat seni

“Saya tidak akan cakap tidak, kalau saya cakap tidak nanti tiba-tiba manalah tahu dapat,” katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga yang melanda Sarah dan bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof akhirnya menemui titik noktah apabila disahkan bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Author

Pilihan Editor