HomeBeritaOpai tak beri kerjasama, JPJ terpaksa babitkan PDRM

Opai tak beri kerjasama, JPJ terpaksa babitkan PDRM

 

CYBERJAYA: Ketidakhadiran suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menyebabkan agensi itu terpaksa meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang, dilaporkan perlu menghadirkan diri ke pejabat JPJ atas isu menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1’ pada supercar McLaren miliknya yang bukan nombor sebenar.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, notis panggilan temu siasat sudah pun diserahkan Opai.

“Selepas tempoh 14 hari, lelaki terbabit masih belum hadir ke pejabat JPJ.

“Jadi kita minta bantuan polis kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya seperti dilapor Kosmo hari ini.

Menurut Erick, suami pelakon yang masih berada di Kuala Lumpur itu dianggap umpama mencabar JPJ kerana tidak menghadirkan diri seperti diarahkan.

Terdahulu, media melaporkan tular foto Opai menggunakan McLaren bukan nombor plat sebenar menjelaskan, nombor pendaftaran kenderaan itu dibuat sempena perkahwinannya dengan pelakon popular, Fatin Afeefa.

Menerusi penjelasannya di InstaStory, dia memberitahu tidak menggunakan nombor plat tersebut sewaktu memandu kenderaan berkenaan.

Author

Pilihan Editor