HomeSukanPiala Dunia Wanita FIFA 2023: Edisi terbesar gabungan dua negara rantau Oceania

Piala Dunia Wanita FIFA 2023: Edisi terbesar gabungan dua negara rantau Oceania

PIALA Dunia Wanita FIFA 2023 dijangka menjadi kejohanan bola sepak wanita terbesar untuk edisi kali ini.

Kejohanan itu diadakan di rantau Oceania iaitu di Australia dan New Zealand. Piala Dunia kali ini dijadualkan bermula pada 20 Julai dan dijangka berakhir pada 20 Ogos.

Edisi kali ini meletakkan juara bertahan iaitu Amerika Syarikat (USA) diundi dalam Kumpulan E bersama Belanda, Portugal dan Vietnam. Manakala England selaku juara Eropah berada dalam Kumpulan D bersama China, Denmark dan Haiti.

Semasa pusingan kelayakan antarabangsa yang tamat pada 23 Februari 2023 lalu, pasukan Haiti, Portugal dan Panama telah melengkapkan ketiga-ketiga slot terakhir Piala Dunia Wanita FIFA 2023.

Berikut merupakan senarai lengkap kumpulan dan pasukan yang bertanding :

Kumpulan A New Zealand, Norway, Filipina, Switzerland
Kumpulan B Australia, Kanada, Nigeria, Ireland
Kumpulan C Costa Rica, Jepun, Sepanyol, Zambia
Kumpulan D China, Denmark, England, Haiti
Kumpulan E Belanda, Portugal, Amerika Syarikat, Vietnam
Kumpulan F Brazil, Perancis, Jamaica, Panama
Kumpulan G Argentina, Itali, Afrika Selatan, Sweden
Kumpulan H Colombia, Jerman, Korea Selatan, Magribi

Author

Pilihan Editor