HomeBeritaPolis selesai rekod keterangan Opai

Polis selesai rekod keterangan Opai

CYBERJAYA: Polis telah merekodkan keterangan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai berhubung isu penggunaan nombor pendaftaran palsu pada sebuah kereta McLaren.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Saleh berkata, pemilik kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran ‘QPA1’ sudah diambil keterangan oleh Pegawai penyiasat JSPT di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, pada Isnin.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Sebelum ini, ketidakhadiran Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menyebabkan agensi itu terpaksa meminta bantuan pihak polis.

Opai dilaporkan perlu menghadirkan diri ke pejabat JPJ atas isu menggunakan nombor pendaftaran ‘QPA1’ pada supercar McLaren miliknya yang bukan nombor sebenar.

Author

Pilihan Editor