HomeHiburanSiti Elizad terharu Raja Permaisuri usap perut sambil titip doa dikurniakan zuriat

Siti Elizad terharu Raja Permaisuri usap perut sambil titip doa dikurniakan zuriat

CYBERJAYA: Pelakon dan pengacara, Siti Elizad terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendoakannya supaya dirinya dikurniakan zuriat.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Elizad atau Siti Elizad Mohd Shariffuddin, 39, berkata, tersentuh hatinya apabila Tunku Azizah mengusap perutnya sambil membaca doa.

“Tunku Permaisuri: Elizad, saya baru balik dari Haji ini (sambil usap perut kita), Insya-Allah ada rezekinya nanti ikhtiar lagi.

I’m so touched, gembira, terharu, happy semua ada.

“Terima kasih Raja Permaisuri  Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah dari Tuanku yang tak henti-henti dari dulu lagi,” ujarnya.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mendoakan supaya segera dikurniakan zuriat.

“Amin, saya pregnant tujuh bulan, saya doakan akak dan ttc yang lain dikurniakan zuriat soon,” komen pengikutnya.

“Assalamualaikum akak, saya tengah pregnant 32 week, saya mendoakan untuk sesiapa yang sedang menunggu zuriat semoga Allah tiupkan roh malaikat kecil ke dalam rahim awak semua, Amin ya rabb,” tulis pengikutnya.

“Amin, Insya-Allah kakak saya dah 14 tahun ikhtiar IVF lima kali, Alhamdulillah sekarang dah satu tahun dah anaknya. Don’t give up,” kongsi pengikutnya.

Author

Pilihan Editor