HomeBeritaSurat arwah mak punca nikah anak tak sah!

Surat arwah mak punca nikah anak tak sah!

 

TIGA tahun mendirikan perkahwinan akhirnya seorang wanita terpaksa akur bahawa ikatan pernikahannya itu selama ini tidak sah apabila mendapati adik lelaki yang menjadi wali tidak memiliki pertalian darah dengannya.

Kisah berkenaan dikongsi oleh seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menerusi hantaran di Facebook yang menceritakan wanita terbabit tidak tahu bahawa dirinya hanyalah berstatus anak angkat dalam keluarga tersebut.

Lebih menyedihkan wanita terbabit sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil pernikahan tersebut.

Berdasarkan perkongsian, ayah wanita berkenaan sudah lama meninggal dunia, manakala ibunya pula meninggal dunia lima tahun lalu.

Justeru, wanita tersebut membesarkan adiknya sendirian dan tidak mengesyaki apa-apa dek kerana namanya berbintikan arwah bapanya.

Bagaimanapun, masih wujud sekelumit keraguan apabila maklumat bapa dalam sijil tersebut ditulis ‘maklumat tidak diketahui’.

Status pertalian darah wanita dan adik lelakinya itu terbongkar apabila mereka menemui sepucuk surat ketika mengemas bilik arwah ibu mereka.

Dalam surat itu, dinyatatakan bahawa si kakak adalah anak angkat.

“Surat tersebut menyatakan bahawa ada seorang lelaki bernama Manaf (bukan nama sebenar) menyerahkan bayi perempuan kepada bapanya kerana mereka tidak mampu untuk menjaga ramai anak.

“Dia terus bertanya kepada bapa saudara sebelah ibunya. Kata pak ciknya, dahulu, mak dengan ayahnya pernah lari membawa diri bertahun lamanya kerana perkahwinan tak dapat restu keluarga.

“Selepas mereka pulang ke kampung, mereka membawa bersama anak kecil umur lebih kurang lima tahun iaitu wanita tersebut. Mereka tak pernah ceritakan apa-apa berkaitan dengan anak angkat. Ketika itu adiknya masih belum lahir. Maka, tiada siapa pun tahu ibu dan bapanya mengambil anak angkat,” kongsi Fahmi.

Justeru, bagi mendapatkan kesahihan wanita berkenaan mengajak adiknya membuat ujian pengesahan DNA dan hasil mendapati DNA mereka adalah negatif.

Menurut Fahmi, pernikahan pasangan ini disebut Nikah Fasid yang bermaksud pernikahan mereka telah rosak pada syarat sah nikah tersebut.

Author

Pilihan Editor