CYBERJAYA: Jika di platform e-dagang, Shopee ditawarkan perkhidmatan SPayLater (beli dulu bayar kemudian), aplikasi popular, TikTok turut menawarkan dikenali sebagai ‘Bayar Nanti Pakai Lekas’ (BNPL).
Menerusi pembelian di TikTok Shop, pengguna turut diberi pilihan untuk menggunakan perkhidmatan BNPL melalui Atome.
Justeru, rakyat Malaysia boleh membuat pembayaran secara ansuran dalam tempoh tiga hingga enam bulan tanpa faedah.
Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, pengguna perlu memautkan akaun Atome dan TikTok terlebih dahulu.
Ciri ini sudah sedia ditawarkan dan pengenalannnya dikatakan sejajar dengan rancangan ByteDance dalam melabur berbilion dolar di Asia Tenggara dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, lapor Amanz.