HomeBeritaViralWanita guna servis Grab kejut suami tidur 'mati' dipuji kreatif

Wanita guna servis Grab kejut suami tidur ‘mati’ dipuji kreatif

CYBERJAYA: Tindakan seorang isteri berfikiran ‘di luar kotak’ untuk menggunakan perkhidmatan Grab dalam usaha mengejutkan suaminya yang nyenyak tidur dianggap kreatif oleh warga net.

Pengalaman unik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mana dikatakan rakannya menggunakan servis Grab untuk mengejutkan ahli keluarga pada pagi Ahad lalu.

Difahamkan, rakan wanita itu berada di luar kawasan dan menyuruh suaminya untuk menghantar anak lelakinya ke kelas pada hari Ahad namun, suaminya nyenyak tidur sehingga tidak mendengar panggilan daripada isterinya.

Disebabkan itu, rakan wanitanya mengambil keputusan untuk menggunakan servis Grab semata-mata untuk mengejutkan suami dan anaknya supaya boleh hadir ke kelas tersebut.

Menurut wanita tersebut, pemandu Grab yang ditempah sedia menyampaikan mesej dan bernasib baik pada ketika dia membunyikan loceng di pintu rumah, anaknya sudah bangun dan menyampaikan mesej kepada anak lelakinya.

Rata-rata pengguna Twitter memuji tindakan kreatif rakan wanitanya dan tidak lupa kepada pemandu Grab yang memberikan servis yang bagus walaupun ia bukan dari skop kerjanya.

This is so warm, it’s weird request but it comes from a responsible mother, the abang grab also instead of denouncing it, take the request well and performed excellent service,” komen netizen.

Five star service for the abang Grab,” kongsi netizen.

“Tengok orang perempuan, seribu macam idea dok ada,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor