HomeBeritaViral'Aku ingatkan hantu tak ada kepala rupanya..' - Wanita jumpa kelibat di...

‘Aku ingatkan hantu tak ada kepala rupanya..’ – Wanita jumpa kelibat di jalan raya pukul 3 pagi

CYBERJAYA: Siapa sahaja tidak terkejut apabila melihat jelmaan sosok tubuh di tengah jalan tengah malam.

Itulah yang dialami seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya berhampiran bandar Taiping, Perak.

Video itu dikongsinya menerusi akaun TikTok @sarahzali.

“Pukul 3 pagi, tiba-tiba nampak sesuatu yang mencurigakan, aku ingatkan hantu tak ada kepala.

“Tarik nafas panjang sekejap, pastu aku perasan makcik ni. Aku berhenti tanya nak ke mana, rumah kat mana. Aku nak hantar balik sebab memang tak ada siapa kat jalan waktu macam ini.

“Risau juga kalau ada anjing liar atau kereta laju tak perasan kan, Tetapi mak cik tak dapat jawab dengan jelas mungkin sebab nyanyuk,” tulisnya.

Difahamkan, warga emas itu melarikan diri dari sebuah rumah penjagaan orang-orang tua di kawasan berhampiran.

“Aku perasan ada rumah orang-orang tua dekat kawasan situ, lepas pergi sana terkejut penjaga mak cik itu sebab pintu berkunci, macam mana boleh terlepas. Penjaga pun dah ambil, mak cik dah selamat sekarang,” katanya.

Susulan itu, wanita berkenaan tampil keluar untuk membantu warga emas berkenaan.

Tindakannya itu dipuji warga net atas faktor berani dan bertanggungjawab dalam membantu masyarakat.

Bagaimanapun, ada juga yang berpesan supaya wanita di luar sana berhati-hati ketika memandu berseorangan pada waktu sedemikian.

“Bahaya betul, lain kali telefon polis. Kita kena berhati-hati dalam niat membantu. Dunia sekarang nak buat baik kadang-kadang kita terjerat,” tulis seorang netizen.

“Lain kali telefon polis, walaupun niat baik pun kena ada orang teman. Pastu jangan mudah sedih tengok situasi begini, kadang-kadang kes nyanyuk tetapi mereka kata anak buang,” pesan warga net.

Author

Pilihan Editor