CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular sebuah video seorang pemandu e-hailing mempromosikan anak lelakinya kepada seorang wanita.
Menerusi perkongsian TikTok @cikniins, wanita itu mendakwa pemandu yang menggelarkan dirinya pakcik sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.
Pada awalnya, pakcik itu hanya berborak biasa tentang anak-anaknya sebelum membuka cerita mengenai anak lelakinya yang belum berkahwin.
“Anak pak cik tiga-tiga ada ijazah. Adik dia kahwin dah, kakak dia kahwin dah, dia je tak kahwin lagi,” kata pakcik itu.
Menyedari bahawa pemandu itu cuba mempromosikan anak lelaki kepada dirinya, wanita yang dikenali sebagai Niin itu menolak secara baik dengan mengatakan dia sudah tua dan tidak sepadan dengan anak lelaki pak cik itu.
“Tapi jauh beza tu, saya dah tua pak cik,” jelas niins.
Namun, pemandu berkenaan dilihat tetap tidak mengalah dan terus mempromosikan anak lelakinya kepada gadis itu.
“Anak pakcik handsome boy, tak merokok, sembahyang taat, lepak-lepak kedai mamak tak ada, pakej.
“Dia kerja Jabatan Kerja Raya (JKR), engineer. Kalau jadi menantu pak cik, pak cik ada dusun durian, rumah dah siap semua,” tambah lelaki itu lagi.
Tambah pakcik tersebut, dia tidak kisah sekiranya menantunya itu masih muda atau sudah berumur.
“Pakcik tak kisah pun menantu pakcik tua ke muda ke,” ujar pakcik itu.
Sebaliknya, wanita itu menolak dengan baik dan hanya ketawa mendengar cerita pemandu tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar celoteh pemandu e-hailing tersebut
“Mesti dia berkenan dengan sis ni, comel pakcik ni hahaha. Semoga Amirul bertemu jodoh,” komen netizen.
“Kalau ayah puji anak dia macam tu, Insya-Allah baik tu anak dia. Ada dusun durian, mak ai best nya,” luah netizen.
Malah, ada juga yang memahami segelintir ibu bapa yang risau jika anak mereka belum sedia mendirikan rumah tangga.
“Parents always risau kalau anak dia yang tua tak kahwin. Anak rilex je,” kongsi netizen.
“Sempoi lah pakcik, macam ibu saya lah. Bomba datang masjid nak bersihkan kawasan sembelih lembu, dia boleh interview bomba-bomba yang single, sabar jelah,” kongsi netizen.