CYBERJAYA: Biarpun berbeza parti politik, calon Pakatan Harapan (PH) DUN Lembah Jaya, Altimet tampil mempertahankan calon baru Perikatan Nasional (PN) DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar yang baru-baru ini dikecam warga net.
Menerusi satu video tular berhubung ucapan Baddrol Bakhtiar dalam sebuah majlis PN, netizen menyifatkan bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah seolah-olah memberi ucapan dengan ‘malas’.
“Malangnya depa suka yang begini, ceramah pon macam malas ja,” tulisnya.
Melihatkan video tersebut menerima kecaman netizen, Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, turut mengulas dengan mengatakan tidak semua individu mahir dalam pengucapan awam.
“Bagi dia masa, semua orang mula dalam keadaan kurang mahir. Berucap ni satu skill yang boleh asah dengan berlatih,” katanya.
Sebaliknya, tindakan Altimet mempertahankan Baddrol dibalas tuba oleh penyokong PN.
“Okay lagi @bakthiarbaddrol daripada @altimet, buat lagu pon makan diri. Inikan pula nak jadi pemimpin,” bidas hzqabdullah di IG stories.
Dalam pada itu, pelantun lagu Amboi itu tidak membalas bidasan malah memberi semangat kepada calon PN DUN Gurun itu.
“Tenang, ukhwah saya dan Baddrol duduk lebih tinggi dari retorik politik. Semoga terus cekal dan istiqomah, bro Baddrul,” balasnya.