HomeGlobalBengang gambar van diambil, lelaki serang kakitangan PBT dengan batang kayu

Bengang gambar van diambil, lelaki serang kakitangan PBT dengan batang kayu

SEORANG lelaki bertindak menyerang seorang kakitangan Majlis Bandaraya dengan sebatang kayu, selepas gambar vannya diambil dipercayai untuk tindakan saman melanggar undang-undang jalan raya.

Video tular memaparkan kedua-duanya melakukan pertelingkahan di tengah jalan raya, sebelum lelaki berusia 41 tahun itu mengambil batang kayu dan menolak anggota penguatkuasa tersebut dalam kejadian di Manor Park, London pada Jumaat.

Ketika mangsa mahu membalas serangan, suspek yang memakai jaket kuning serta-merta menghayun dan memukulnya beberapa kali sehingga kayu tersebut patah dua.

Aksi serang balas termasuk tumbukan dan tendangan berlaku selepas anggota penguatkuasa itu melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek.

Mangsa dilapor mengalami kecederaan pada jari dan kerosakan pada ‘earphone‘, manakala suspek pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis Metropolitan menahan lelaki tersebut kerana disyaki melakukan kerosakan jenayah dan menyebabkan kecederaan.

Namun, perkara itu sudah diselesaikan melalui resolusi komuniti.

“Mangsa bersetuju menerima bayaran daripada suspek untuk menggantikan ‘earphone‘ yang rosak.

“Tuduhan atas serangan itu juga tidak diteruskan,” kata polis seperti dilapor New York Post.

Sementara itu, jurucakap Majlis Perbandaran Newham berkata, pihaknya berpuas hati dengan tindakan polis yang mengambil tindakan segera terhadap lelaki tersebut, yang melakukan serangan ke atas kakitangan bertugas.

“Penangkapan segera menggariskan mesej jelas kami tentang dasar toleransi sifar Newham terhadap penderaan dan keganasan yang ditujukan kepada kakitangan.

“Kami akan sentiasa bersiap-sedia untuk mencari keadilan sekiranya kakitangan kami menjadi mangsa,” katanya.

 

 

Author

Pilihan Editor