HomeBeritaViral'Datang nak 'healing' tapi pening' - Pemuda terkejut wau gergasi terpacak di...

‘Datang nak ‘healing’ tapi pening’ – Pemuda terkejut wau gergasi terpacak di cermin kereta

CYBERJAYA: Seorang pemandu kereta jenis Honda Jazz tidak menyangka akan berdepan detik cemas apabila sebuah wau gergasi secara tiba-tiba jatuh terpacak di cermin hadapan keretanya.

Menerusi perkongsian video TikTok @kalkalnut, individu itu bernasib baik wau tersebut tidak menembus bahagian dadanya kerana pada ketika itu dia masih berada di dalam kereta.

“Nasib baik tak kena dada mat, belum sempat keluar kereta,” tulisnya.

Sementara itu, dapat dilihat dalam video tersebut kelihatan beberapa orang berusaha untuk membawa keluar wau yang tersangkut itu.

Menjawab dakwaan sesetengah netizen yang mendakwa dia meletakkan kereta di kawasan orang bermain wau.

Individu itu menjelaskan kawasan itu merupakan tempat parkir kereta.

“Ni tempat parkir kereta. Banyak kereta parkir kat situ and saya baru sampai wau tu jatuh dari atas. Owner main wau tapi owner tinggal,” jelasnya.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pantai sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Menjengah di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pemilik kereta tersebut.

“Walaupun windshield cover insurance, tapi sakitnya jiwa Tuhan je tahu. Semoga dipermudahkan urusan mu,” komen netizen.

“Ni bukan hanya ganti rugi windshield, ni kena minta ganti rugi emosi sekali,” kongsi netizen.

“Kapal terbang jatuh terhempap kereta pun tak pernah terfikir boleh jadi, inikan pula lagi wau. Tak pernah sangka wau boleh datangkan bahaya,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor