HomeBeritaDemi kemudahan pelajar, Pakcik Lan derma motosikal kesayangan

Demi kemudahan pelajar, Pakcik Lan derma motosikal kesayangan

CYBERJAYA: Satu perkara menyentuh hati apabila seorang lelaki warga emas dengan besar hati menderma motosikal kesayangannya kepada seseorang yang memerlukan di Johor.

Menerusi hantaran di pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Shuang Fu Johor Bahru, lelaki tua dikenali sebagai Pakcik Lan, itu menghubungi pihak Shuang Fu untuk mendapatkan bantuan dalam memberikan motosikalnya.

Perkara itu berikutan Pakcik Lan mengalami kecederaan di bahagian kaki sekali gus membuatkan dia tidak berupaya menunggang motosikal itu lagi.

“Pada 19 Julai lalu, seorang lelaki tua dikenali Pakcik Lan datang ke Johor Bahru Clubhouse dan berkata, dia mahu menyumbangkan kenderaan bermotor yang sering digunakannya untuk pergi ke Shuangfu.

“Selepas diamati, rupa-rupanya Pakcik Lan yang berusia dalam lingkungan 70-an itu mengalami kecederaan di bahagian kaki hingga mengakibatkan dia tidak boleh menggunakan motor itu lagi.

“Uncle Lan dengan penuh semangat memberitahu kenderaan bermotor tersebut telah dibaiki dan semua dokumen kad telah lengkap,” maklum Shuang Fu.

Susulan itu, pihak Shuang Fu menghubungi 448 Foodbank Johor bagi mencari penerima yang benar-benar memerlukan motosikal itu.

Berdasarkan perkongsian itu, seorang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terpilih sebagai penerima motosikal tersebut.

Pemilihan itu dibuat kerana pelajar berkenaan dilaporkan tidak mempunyai pengangkutan sendiri dan terpaksa bergelut untuk berulang-alik ke kampus.

Selepas disahkan pelajar itu bakal menjadi pemilik baharu motosikal tersebut, 448 Foodbank Johor mengatur pertemuan Pakcik Lan dan pelajar berkenaan secara peribadi malah mengadakan acara “serah terima tugas” bagi memperingati detik yang menyentuh hati itu.

Author

Pilihan Editor