HomeTeknologiGoogle guna Generative AI 'upgrade' Assistant

Google guna Generative AI ‘upgrade’ Assistant

 

TEKNOLOGI Generatif kecerdasan pembuatan (AI) terus meluaskan pengaruhnya pada setiap produk di Microsoft dan Google.

Generative AI mendapat perhatian dengan pelancaran OpenAI chatbot popular ChatGPT pada November tahun lepas, sebelum pelancaran Bard dan Bing AI.

Sejak itu, Microsoft dan Google telah melancarkan pelbagai projek yang memfokuskan kepada penyepaduan teknologi ke dalam produk sedia ada.

Generative AI boleh digunakan di pelbagai platform termasuk BingChat, ChatGPT, Bard dan Copilot.

Kini, Google nampaknya berminat untuk membawa Generative AI menerusi Assistant.

Menurut memo dalaman yang diperoleh Axios, syarikat itu mahu menggabungkan teknologi LLM terkini di dalam Assistant.

“Kami telah melihat potensi mendalam Generative AI untuk mengubah kehidupan orang ramai selain melihat peluang besar untuk meneroka bagaimana terhasilnya Assistant yang dikuasakan oleh teknologi LLM,” katanya.

Google turut berkata, ia akan memberi tumpuan terlebih dahulu untuk membawa teknologi itu ke peranti mudah alih.

Teknologi itu masih belum dikembangkan oleh Alexa atau Siri yang masing-masing dimiliki Amazon dan Apple.

Namun, Amazon dan Apple mungkin tidak jauh ketinggalan di belakang, meskipun kedua-dua syarikat itu berkemungkinan sedang bereksperimen dengan teknologi tersebut.

Author

Pilihan Editor