KELEMUMUR yang terhasil di rambut pastinya membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa kerana mengalami kegatalan di kepala.
Pelbagai produk anti-kelemumur dijual di pasaran namun bukan semuanya berhasil menghilangkan debuan kecil itu.
Baru-baru ini tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai pemilik salun rambut berkongsi cara mudah menghilangkan kelemumur di rambut dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja.
Menerusi perkongsian video di Facebook LADbibble, lelaki berkenaan menunjukkan teknik unik untuk mencuci rambut iaitu dengan memakai lemon, telur dan air gas jenama Sprite.
Dalam video itu, kelihatan lelaki itu mencuci rambut seorang lelaki yang dipercayai pelanggannya bermula dengan menggosok sebiji lemon yang dipotong dua ke seluruh kepala.
Kemudian, dia mengambil dua biji telur lalu dipecahkan dan melumurkan telur itu di seluruh bahagian kepala termasuklah kawasan kulit kepala.
Selepas menggunakan dua bahan itu, lelaki berkenaan kemudian mengambil satu tin air Sprite lalu menuangnya di serata kawasan kepala pelangganya itu.
Mungkin kelihatan tidak masuk akal, namun hasil memaparkan rambut pelanggannya itu kelihatan bersih dari segala kelemumur dan berkilau.
Tonton video asal disini: CUCI RAMBUT GUNA AIR SPRITE