HomeBeritaViralIsteri kuat cemburu, suami dakwa diberi makan nasi kangkang

Isteri kuat cemburu, suami dakwa diberi makan nasi kangkang

CYBERJAYA: Gara-gara cemburu, seorang isteri didakwa sanggup melakukan perbuatan syirik dengan memberi suaminya makan ‘nasi tangas’ atau lebih dikenali sebagai ‘nasi kangkang’.

Menerusi perkongsian TikTok Pn Rohfa. Perawat Ar Syifa, berkongsi kisah seorang lelaki menerima rawatan alternatif selepas mendakwa dirinya diberi ‘nasi kangkang’ oleh isterinya.

“Nasib suami dapat isteri kuat cemburu, setiap hari diberi makan ‘nasi tangas’. Dah macam lembu kena cucuk hidung. Turuti apa semua kemahuan si isteri.

“Cemburu punya pasal sanggup bagi suami makan makanan kotor dan jijik. Sudah bertahun hidup bersama tetapi ada yang sanggup buat benda macam ini,” tulisnya.

Sementara itu, lelaki malang itu turut mendedahkan bahawa dia pernah mengalami beberapa kejadian aneh dan mistik ketika berada di rumahnya.

“Suaminya beritahu ada yang pelik di rumah, dia selalu mendengar isterinya bercakap seorang diri dan selalu juga nampak kelibat lembaga hitam di dalam rumah,” jelasnya

Kesan daripada perbuatan syirik isterinya, lelaki itu mendakwa dia mengalami sakit pada tubuh padan.

“Badannya pun sentiasa rasa lemah, tekaknya rasa ada ketulan yang tersumbat. Setiap malam sakit perut dan cirit-birit serta kerap muntah darah.

“Selepas waktu Maghrib mesti akan bau kemenyan di dapur,” ujarnya.

Bagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan, lelaki terbabit akhirnya berjaya diselamatkan daripada perbuatan sihir isterinya.

“Alhamdulillah, selepas diruqyah, keluar muntah dan benda-benda kotor di dalam perutnya,” kongsinya.

Author

Pilihan Editor