HomeBeritaViral'Kami beli sendiri ye' - Guru di pedalaman Sarawak beli Starlink mudahkan...

‘Kami beli sendiri ye’ – Guru di pedalaman Sarawak beli Starlink mudahkan pembelajaran

CYBERJAYA: Niat baik seorang guru di kawasan pedalaman untuk memberikan pendidikan yang sempurna buat anak muridnya mendapat pujian warga net.

Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai seorang guru membeli peranti ciptaan syarikat Elon Musk dikenali sebagai Starlink untuk digunakan di pedalaman Sarawak.

Menerusi perkongsian video TikTok amoimorni, memaparkan guru tersebut membawa kotak bertulis Starlink.

Difahamkan, usaha murninya itu adalah untuk memudahkan kerja-kerjanya sebagai seorang pendidik di kawasan pedalaman memandangkan capaian internet di kawasan terbabit sangat sukar ditemui.

Menerusi video yang lain, beliau memaklumkan pembelian itu sama sekali tidak menggunakan bantuan daripada kerajaan. Malah, ia adalah hasil usahanya sendiri.

“Kami beli sendiri ye, walaupun beli sendiri tetap kredit kepada pihak yang bawa masuk Starlink ke Malaysia. Dapat memudahkan kami untuk dapat capaian yang baik,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net meluahkan rasa terharu dan memuji peribadi guru itu.

“Walaupun harga Starlink mahal sangat, saya pasti ianya untuk anak bangsa di pedalaman Sarawak. Cikgu sanggup beli sendiri. Terima kasih cikgu,” kongsi netizen.

Tears in my eyes. Always wish people in rural areas get better connectivity to study and work, they deserve it. Alhamdulillah,” komen netizen.

“Terbaik untuk tempat yang paling memerlukan, semoga anak-anak pedalaman maju dalam pelajaran,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor