DUA kanak-kanak berdepan nasib malang, apabila didera dan diseksa oleh beberapa individu selepas dituduh mencuri wang baru-baru ini.
Menurut laporan NDTV, kedua-dua mangsa berusia 10 dan 15 tahun itu bukan sahaja dipaksa minum air kencing dan makan cili hijau, malah punggung mereka turut dilumur dengan sayur pedas itu.
Malah, suspek turut memasukkan cili hijau ke dalam dubur mangsa sebelum diberi beberapa suntikan yang tidak dikenal pasti.
Video tular memaparkan kanak-kanak tersebut yang sedang makan cili hijau dan meneguk air kencing yang diisi di dalam botol.
Turut kedengaran dalam video berkenaan adalah suara lelaki dewasa yang mengugut untuk memukul mangsa sekiranya mereka enggan menuruti arahan.
Menerusi video berasingan, kanak-kanak itu dilihat terbaring meniarap di atas tanah, manakala tangan mereka diikat di belakang serta seluar ditarik ke bawah.
Pada masa sama, seorang lelaki melumur cili hijau ke atas punggung kanak-kanak tersebut, sebelum memasukkannya ke dalam dubur mangsa.
Kedengaran mangsa meraung kesakitan sebelum disuntik dengan cecair berwarna kuning.
Kejadian tersebut dilapor berlaku di sebuah kedai ayam di daerah Siddharthnagar dekat Uttar Pradesh, India pada 4 Ogos lalu.
Sementara itu, polis mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes dera tersebut manakala enam daripadanya telah ditahan.