HomeBeritaViral'Kekok cakap Melayu' - Anak muda di Singapura lebih gemar 'speaking English'?

‘Kekok cakap Melayu’ – Anak muda di Singapura lebih gemar ‘speaking English’?

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial mengenai sekumpulan anak muda berbangsa Melayu di Singapura mendakwa mereka tidak fasih berbahasa Melayu.

Menerusi perkongsian video Twitter @qrfdy12 dikenali Arif, dia baru mengetahui bahawa remaja di Singapura lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

“Rupanya ramai belia di Singapura kurang memilih untuk bercakap bahasa melayu berbanding bahasa inggeris,” tulisnya.

Dalam video tersebut, kebanyakan yang ditemu ramah memberi sebab bahawa mereka tidak menggunakan bahasa Melayu kerana bunyinya kekok.

Malah, mereka hanya menggunakan bahasa Melayu apabila berbicara dengan ahli keluarga sahaja seperti atuk dan nenek.

Menjengah di ruangan komen rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas mendengar pendedahan remaja-remaja tersebut.

“Ini yang kita nak elakkan. Kekok berbahasa kebangsaan. Bila kekok berbahasa asing dianggap kurang berpendidikan,” komen netizen.

“Padahal orang luar kebanyakan kagum orang cakap bahasa melayu and diorang nak belajar bahasa kita. Tapi tulah orang Singapura tak pupuk benda tu untuk diorang,” kongsi netizen.

“Untuk pengetahuan, itu singlish (Singapura-inggeris). Mereka boleh saja bertutur dalam proper english tanpa ada masalah,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor