HomeBeritaKhidmat Ustaz Zambri Mantop sudah tamat sejak tahun lalu - Jakim

Khidmat Ustaz Zambri Mantop sudah tamat sejak tahun lalu – Jakim

CYBERJAYA: Dakwaan seorang pengguna Facebook berhubung jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin dalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah tidak tepat.

Jakim dalam satu kenyataan pada Isnin menjelaskan, perkhidmatan Mohd Zamri atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zambri Mantop sebagai Ahli Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Quran Jakim telah tamat sejak Disember 2022.

“Dr Zamri Zainuldin telah tamat tempoh perkhidmatan sejak Disember 2022 dan pelantikannya tidak diperbaharui,” kata agensi itu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai perdebatan warganet yang mempersoalkan pelantikan Mohd Zamri, yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor ke agensi berkenaan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor baru-baru ini, Mohd Zamri yang mewakili Perikatan Nasional (PN) menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, selepas memperoleh majoriti 6,842 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Khir Ramli.

Author

Pilihan Editor