HomeBeritaViralLelaki potong tabung masjid dengan mesin grinder di Pulau Pinang

Lelaki potong tabung masjid dengan mesin grinder di Pulau Pinang

INDIVIDU yang terdesak mendapatkan wang adakalanya sanggup berbuat apa sahaja termasuk melakukan perkara terkutuk tidak mengira tempat.

Baru-baru ini, kecoh apabila sebuah masjid menjadi sasaran pencuri bagi mendapatkan wang derma hasil sumbangan orang ramai.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki dilihat menggunakan mesin pemotong grinder untuk memotong tabung di tempat suci berkenaan.

Percikan api besar turut kelihatan ketika kejadian, namun perlakuannya tidak disedari mana-mana pihak dengan ruang masjid terbabit dipercayai kosong tanpa jemaah.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu, manakala video tersebut meraih lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini.

https://twitter.com/abdulazimazhar/status/1693516773768020048?s=20

Namun, jumlah kerugian dialami masjid berkenaan tidak dinyatakan setakat ini dengan identiti si pencuri juga gagal dikenal pasti oleh pihak masjid.

Setakat berita ini ditulis, pihak polis juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Author

Pilihan Editor