HomeGlobalLepaskan stres, juruterbang hancurkan palang parkir 'airport' guna kapak

Lepaskan stres, juruterbang hancurkan palang parkir ‘airport’ guna kapak

SEORANG juruterbang United Airlines bertindak memusnahkan sebuah palang di parkir lapangan terbang di Denver, Colorado, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Lapor NDTV, video tular pada 2 Ogos lalu memaparkan Kenneth Henderson Jones, 63, dilihat berjalan menuju ke arah palang terbabit sambil membawa sebilah kapak.

Lelaki itu kemudian dilihat menghayun senjata tajam itu pada palang tersebut lebih daripada 20 kali sehingga engsel tercabut.

Dia juga dilihat cuba melarikan diri dari lokasi kejadian, namun dihalang oleh seorang kakitangan lapangan terbang yang berjaya merampas kapak daripadanya.

Juruterbang itu kemudian dilihat berlari ke padang berhampiran sebelum ditahan pihak polis.

Lelaki itu mendakwa, terdapat beberapa kenderaan yang menunggu untuk keluar dari lapangan terbang tersebut.

https://twitter.com/thenewarea51/status/1692388922217640363?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1692388922217640363%7Ctwgr%5E655fa1a1812dfc170b7549ea8e75096ec94e41bb%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.ndtv.com%2Fworld-news%2Fvideo-united-airlines-pilot-caught-smashing-parking-gate-with-an-axe-charged-4314674

Dia seterusnya memutuskan untuk mengambil kapak dari kenderaannya bagi membantu para pemandu keluar dari lokasi berkenaan.

Menurut pihak polis, Kenneth mengalami tahap stres yang tinggi manakala tindakan memusnahkan palang itu membuatkannya lega.

Pihak berkuasa mendakwa, lelaki itu disabitkan dengan kesalahan jenayah salah laku dan dibebaskan pada hari sama.

Dia dijadual menghadiri perbicaraan di Mahkamah Daerah Adams pada 25 September.

Selain itu, dia juga sudah digantung kerja, sementara syarikatnya melakukan siasatan dalaman.

Kerosakan dilakukan oleh lelaki itu dianggarkan bernilai AS$700 (RM3,257), menurut CBS News.

Untuk rekod, lelaki itu berkemampuan untuk menerbangkan banyak pesawat penumpang besar termasuk Boeing 767 dan 757.

Author

Pilihan Editor